Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi 14,000 pelarian Rohingya lari ke Bangladesh dalam masa 2 hari

PBB menyatakan sekitar 14,000 pelarian baru melarikan diri ke Bangladesh dari Rakhine sejak dua hari lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 14,000 pelarian Rohingya lari ke Bangladesh dalam masa 2 hari

Gambar hiasan pelarian Rohingya bersama bayinya. (Gambar: DOMINIQUE FAGET / AFP)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 06:12PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 06:16PM

DHAKA: PBB menyatakan sekitar 14,000 pelarian baru melarikan diri ke Bangladesh dari Rakhine sejak dua hari lalu.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, mengisytiharkan bahawa negaranya akan memberi perlindungan dan berkongsi apa yang ada dengan para pelarian Rohingya.

Namun beliau menegaskan huraian itu adalah buat sementara sahaja.

Beliau sekali lagi mendesak Myanmar supaya membenarkan pelarian Rohingya pulang dengan aman ke Rakhine.

Usaha bantuan kemanusiaan bagaimanapun mencetuskan kebimbangan rakyat kerana ia dijangka membebankan lagi Bangladesh yang merupakan antara 50 negara termiskin di dunia.

Para wakil Bangsa-bansa Bersatu (PBB) di Dhaka menganggarkan sekurang-kurangnya AS$200 juta (S$271 juta) diperlukan dalam masa enam bulan akan datang bagi menangani krisis pelarian Rohingya.

Sementara itu pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa baru bagi menyelaras dan melaksanakan projek-projek bagi Rakhine.

Dalam ucapannya ke seluruh negara, beliau berkata Myanmar perlu membuktikan kepada dunia, komitmennya untuk menghuraikan krisis Rakhine melalui tindakan, bukan pertikaman lidah.

Lebih setengah juta Muslim Rohingya sudah melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan