Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan pemberontak Syria perhebat lagi usaha hancurkan ISIS

cc

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2017 07:41PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 10:56PM

RAQQA: Sebuah perikatan anti-ISIS di Syria akan memperhebatkan gerakan untuk menghancurkan kumpulan pengganas itu.

Perikatan Tentera Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika mengumumkan rancangan tersebut selepas berjaya membebaskan bandar Raqqa daripada cengkaman ISIS semalam (17 Okt).

Raqqa merupakan ibu kota ISIS di Syria.

Kejayaan SDF menawan Raqqa merupakan satu lagi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas itu setelah ia sebelum ini kehilangan Mosul, ibu kotanya di Iraq.

Selepas berjaya di Raqqa, SDF akan mengerahkan pula anggota-anggotanya ke Deir al-Zor untuk memerangi ISIS di wilayah timur Syria itu.

Amerika pula menyatakan keutamaannya sekarang bagi Raqqa adalah untuk membantu memulihkan beberapa perkhidmatan asas seperti bekalan elektrik untuk para penduduknya. 

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan