Images
  • no smoking sign indo
    Papan tanda yang melarang para penduduk untuk merokok di daerah Penas Tanggul, Jakarta Timur, Indonesia. (Gambar: REUTERS/Darren Whiteside/File photo)

Kumpulan pelajar tuduh syarikat rokok sasar golongan muda untuk lariskan penjualan

JAKARTA: Sekumpulan pelajar di Indonesia mengadakan bantahan terhadap syarikat-syarikat tembakau utama di negara itu.

Mereka menuduh syarikat-syarikat tersebut menyasarkan golongan muda untuk meningkatkan penjualan rokok di Indonesia.

Bantahan ini diadakan sedang parlimen dan pemerintah Indonesia membahaskan satu rang undang-undang tembakau.

Jika diluluskan rang itu boleh meningkatkan dengan banyak pengeluaran rokok di Indonesia.

Hampir 66 peratus lelaki di Indonesia merokok dan purata satu kotak rokok di negara tersebut harganya kurang $2.

Walaupun ada keprihatinan tentang kesan rokok terhadap kesihatan, industri tembakau di Indonesia sering mendapat sokongan dari ahli-ahli politik dan pihak lain.

Ini memandangkan industri itu menjadi sumber pendapatan yang penting kepada para petani dan pemerintah.

Industri tembakau menggajikan jutaan pekerja dan menyumbang hampir 10 peratus kepada pendapatan pemerintah menerusi cukai. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top