Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan militan pro-ISIS serbu sekolah di selatan Filipina

Para anggota militan yang menyokong ISIS menyerbu sebuah bandar dan menawan sebuah sekolah di selatan Filipina pada awal Rabu (21 Jun), menurut seorang pegawai polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan militan pro-ISIS serbu sekolah di selatan Filipina

Seorang askar Filipina memerhati sebuah Pembawa Kakitangan Berperisai (APC) dipandu lalu di pulau Mindanao. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 10:33AM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 10:37AM

MANILA: Para anggota militan yang menyokong ISIS menyerbu sebuah bandar dan menawan sebuah sekolah di selatan Filipina pada awal Rabu (21 Jun), menurut seorang pegawai polis.

Insiden tersebut berlaku di pulau yang sama, di mana pertempuran antara tentera pemerintah dan anggota militan sudah berlarutan selama lima minggu.

Beberapa orang pelajar turut dijadikan tebusan, dedah polis.

Para anggota Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) juga terlibat dalam pertempuran senjata dengan tentera, menurut Ketua Inspektor Realan Mamon, iaitu ketua polis bandar Pigcawayan, dalam wawancara di radio.

Bandar tersebut terletak di wilayah Cotabato Utara di tengah pulau Mindanao.

Pigcawayan terletak sejauh 190 kilometer di selatan Marawi, di mana anggota militan BIFF, bersama para pejuang dari kumpulan lain yang bersekutu dengan ISIS, berkubu dan bertempur dengan tentera Filipina selama lebih sebulan.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan