Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan hak asasi minta Myanmar siasat kematian gadis Rohingya

Gadis tersebut yang ditemui tidak berbaju dan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah pangkalan tentera, meninggal dunia bulan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan hak asasi minta Myanmar siasat kematian gadis Rohingya

Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi selepas Persidangan Kedamaian Kesatuan Abad ke-21. (Gambar: AP/Aung Shine Oo)

Diterbitkan : 01 Sep 2016 12:02AM Dikemas Kini : 01 Sep 2016 12:06AM

YANGON: Para pejuang hak asasi manusia meminta Myanmar untuk menyiasat kematian seorang gadis muslim dari golongan minoriti Rohingya, yang dianiaya di negara itu.

Gadis tersebut yang ditemui tidak berbaju dan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah pangkalan tentera, meninggal dunia bulan ini.

Gadis berkenaan yang dikenal pasti sebagai Raysuana berusia 25 tahun didapati di sebelah jalan raya dekat kawasan tentera di Sittwe, ibu kota bandar Rakhine di barat Myanmar, menurut para penduduk dan kumpulan hak asasi Amnesty International.

Beliau hilang semasa berjalan di sebuah kawasan di mana lebih 100,000 penduduk kaum Rohingya tinggal di kemah-kemah sejak Sittwee berdepan dengan keganasan masyarakat pada 2012, tambah Amnesty dalam satu kenyataan pada lewat semalam (30 Ogos).

Kebanyakan yang dipindahkan adalah golongan muslim Rohingya, golongan yang ramai di Myanmar menganggap sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Mereka dihalang dari berjalan dengan bebas dan akses kepada jagaan kesihatan dan pendidikan dilarang.

Hla Myint, seorang pentadbir Rohingya, memberitahu Reuters beliau menerima panggilan daripada seorang korporal dari unit artileri tentera dan diminta untuk mengambil Raysuana yang tidak sedarkan diri pada awal 18 Ogos lalu.

"Beliau masih bernafas apabila saya melihatnya, tetapi beliau terbujur di lantai. Tiada pakaian di tubuhnya (selain baju dalam) tetapi seseorang menutupnya dengan selimut," kata Hla Myint.

Beliau dibawa ke klinik kampung di mana para atenden mendapati kesan lebam pada leher dan darah dari rahimnya, tambah Hla Myint.

Gadis itu meninggal dunia petang itu juga (18 Ogos), menurutnya.

Para penduduk di kawasan-kawasan golongan minoriti dan pekerja hak asasi manusia sudah bertahun menuduh tentera Myanmar menyalahgunakan kuasa termasuk merogol. Tentera Myanmar menolak seperti biasa dakwaan tersebut.

Hal itu timbul sedang Myanmar mengadakan rundingan damai antara pemerintah dengan golongan etnik minoriti hari ini (31 Ogos) dalam satu usaha untuk menghuraikan konflik berdekad lamanya dan meragut ribuan nyawa dan membuat negara itu terbenam dengan kemiskinan.

AFP melaporkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon yang menghadiri rundingan itu menggambarkannya sebagai detik "bersejarah" bagi negara tersebut menyusuli peralihannya ke arah demokrasi.

Namun, hanya segelinitir menjangkakan keputusan yang kukuh daripada perundingan lima hari itu yang dianggap sebagai permulaan proses kedamaian yang boleh mengambil masa bertahun lamanya. 

Sumber : Reuters/AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan