Images
  • iraq grave

Kubur dengan sekitar 400 mayat ditemui di Iraq

IRAQ: Di Hawija, Iraq, kubur besar yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mayat ditemui.

Hawija adalah bandar yang didiami militan ISIS sehingga bulan lalu.

Berikut rakaman dron salah sebuah kubur besar yang digunakan oleh pihak pelampau untuk membunuh musuh mereka.

Militan ISIS dikatakan kemudian mengisi lubang dengan kereta dan pasir.

Tentera Iraq menemui kubur-kubur itu selepas pendedahan penduduk setempat.

Lubang benam itu dipercayai kubur ISIS terbesar di Iraq.  

- Agensi berita/NU/nk

Komen Anda?

Top