Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krisis tebusan 'dihuraikan' setelah kumpulan pro-ISIS serbu sekolah

Satu krisis tebusan yang berlaku di sebuah sekolah rendah di selatan Filipina pada Rabu sudahpun dihuraikan, menurut jurucakap tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis tebusan 'dihuraikan' setelah kumpulan pro-ISIS serbu sekolah

Seorang askar Filipina memerhati sebuah Pembawa Kakitangan Berperisai (APC) dipandu lalu di pulau Mindanao. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 02:22PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 02:25PM

MANILA: Satu krisis tebusan yang berlaku di sebuah sekolah rendah di selatan Filipina pada Rabu sudahpun dihuraikan, menurut jurucakap tentera.

Para anggota militan yang menyokong kumpulan ISIS itu, yang menjadikan beberapa individu sebagai tebusan, juga sudah berundur, dengan tiada kecederaan dilaporkan.

"Ia sudahpun dihuraikan," kata Brigadier Jeneral Restituto Padilla. "Mereka sudahpun berundur, mereka tidak lagi berada di sana. Kawasan sekolah itu kini kembali selamat."

Bagaimanapun, Encik Padila juga berkata pihak tentera sedang menyiasat sama ada lima orang awam masih ditahan oleh para anggota militan. Beliau turut mendedahkan tiada kanak-kanak yang dijadikan tebusan.

Awal dari itu, satu aduan polis menyatakan sekitar 300 lelaki bersenjata, dengan sebilangan mereka dari kumpulan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), menyerbu sebuah sekolah di bandar Pigcawayan di wilayah Cotabato Utara di pulau Mindanao dan beberapa pelajar turut dijadikan tebusan.

Para anggota BIFF juga terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan pihak ntentera, kata Ketua Inspektor Realan Mamon, iaitu ketua polis bandar Pigcawayan, dalam wawancara di radio.

"Kami boleh mengesahkan bahawa mereka menawan sebuah sekolah dan beberapa orang awam terperangkap. Kami sedang dalam proses menentukan berapa ramai yang terperangkap dan mengenal pasti identiti mereka," kata Encik Mamon.

Pigcawayan terletak sejauh 190 kilometer di selatan Marawi, di mana anggota militan BIFF, bersama para pejuang dari kumpulan lain yang bersekutu dengan ISIS, berkubu dan bertempur dengan tentera Filipina sejak 23 Mei.

Encik Eliseo Garcesa, datuk bandar bagi bandar Pigcawayan, memberitahu radio di Filipina bahawa beliau masih mendapatkan maklumat mengenai mangsa yang mungkin terlibat.

Pesawat dan tentera Filipina melancarkan ofensif yang diperbaharui di Marawi pada Selasa dan seorang jurucakap tentera berkata tujuannya adalah untuk mengosongkan kawasan itu menjelang perayaan Hari Raya pada hujung minggu ini, meskipun tiada tarikh tempoh diberikan.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan