Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krisis Marawi bawa kesan jangka panjang di Asia Tenggara

Sebuah kumpulan penyelidik yang berpangkalan di Indonesia menyatakan krisis berterusan di Marawi dijangka mempunyai kesan jangka panjang kepada anasir pelampau di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis Marawi bawa kesan jangka panjang di Asia Tenggara

Kemusnahan di sebuah kawasan di Marawi akibat bedilan udara oleh pasukan tentera Filipina. (Gambar: REUTERS/Romeo Ranoco)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 06:40PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 06:41PM

JAKARTA: Sebuah kumpulan penyelidik yang berpangkalan di Indonesia menyatakan krisis berterusan di Marawi dijangka mempunyai kesan jangka panjang kepada anasir pelampau di Asia Tenggara.

Laporan terbaru Institut Bagi Dasar Analisis Konflik atau IPAC menyatakan kesan-kesannya termasuk risiko lebih besar berlaku serangan di bandar-bandar Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Satu lagi kebimbangan - kumpulan-kumpulan pelampau di rantau ini akan menjalin hubungan lebih rapat.

Ini mungkin termasuk pucuk pimpinan baru bagi kumpulan-kumpulan penyokong ISIS di Indonesia dan Malaysia daripada kalangan militan yang pulang dari Marawi.

Laporan IPAC juga menyatakan operasi militan-militan di Marawi mendapat pembiayaan secara langsung dari ISIS dan arahan dari pihak di Syria.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan