Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara tunjukkan "kemajuan baik" dalam keupayaan peluru berpandu

Korea Selatan menyatakan ujian roket terbaru Korea Utara menunjukkan "kemajuan baik" dalam keupayaan peluru berpandu Pyongyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 08:57PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:51PM

SEOUL: Korea Selatan menyatakan ujian roket terbaru Korea Utara menunjukkan "kemajuan baik" dalam keupayaan peluru berpandu Pyongyang.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata fungsi enjin roket tersebut semakin canggih, tetapi analisis yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk menentukan keupayaan sebenar roket tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas Korea Utara berjaya melancarkan ujian roket kuasa tinggi yang baru.

Pemimpin negara itu Kim Jong Un berkata ujian itu menandakan satu kemajuan besar dalam industri roket negara tersebut.

Sebelum ini Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu balistik ke laut dekat pantai Jepun.

Menurut para pemerhati, ujian itu sengaja dilancarkan serentak dengan lawatan Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson ke Asia Timur.

Encik Tillerson menggulung lawatannya dengan menemui Presiden China Xi Jinping. Beliau sudah memberi amaran bahawa ketegangan di Semenanjung Korea sudah sampai ke paras berbahaya.

Encik Tillerson dan Encik Xi bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi ancaman Pyongyang.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan