Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara tuduh Amerika 'serang' diplomatnya di lapangan terbang

Para diplomat berkenaan mempunyai sijil pengiriman diplomatik yang sah, tambah KCNA.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara tuduh Amerika 'serang' diplomatnya di lapangan terbang

Gambar fail bendera Korea Utara. (Gambar: REUTERS/Denis Balibouse/File Photo)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 08:38AM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 08:39AM

SEOUL: Korea Utara pada Ahad (18 Jun) menuduh pihak berkuasa Amerika Syarikat "mengganggu" para diplomat negara itu di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York.

Ia menyatakan satu bungkusan diplomatik dirampas dan ia juga menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan bandar itu menempatkan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata satu delegasi negara itu, yang sedang dalam perjalanan pulang daripada satu persidangan PBB mengenai hak golongan kurang upaya, "diganggu" di Lapangan Terbang John F. Kennedy dalam satu "tindakan provokasi yang tidak sah dan kejam".

Jabatan Negara Amerika dan Rumah Putih belum mengulas mengenai kenyataan Korea Utara itu.

Agensi berita KCNA menyatakan insiden tersebut berlaku pada 16 Jun apabila lebih 20 pegawai yang mendakwa diri mereka daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika dan pihak polis "melakukan serangan seperti samseng untuk merampas bungkusan diplomatik daripada para diplomat itu".

Para diplomat berkenaan mempunyai sijil pengiriman diplomatik yang sah, tambah KCNA.

Dakwaan itu dikeluarkan di tengah-tengah ketegangan diplomatik selepas Korea Utara membebaskan seorang pelajar Amerika, Otto Warmbier, yang ibu bapanya mendakwa beliau berada dalam keadaan koma selepas ditahan Korea Utara selama 17 bulan. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan