Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara disebut terkait dengan serangan siber "ransomware wannacry"

Siapakah dalang serangan global siber yang menjejas 300 ribu komputer di 150 negara sejak Jumaat lalu?

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara disebut terkait dengan serangan siber "ransomware wannacry"

Petikan skrin yang menunjukkan permintaan "ransomware WannaCry" (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 16 May 2017 09:45PM Dikemas Kini : 16 May 2017 10:02PM

LONDON: Siapakah dalang serangan global siber yang menjejas 300 ribu komputer di 150 negara sejak Jumaat lalu?

Satu teori yang tersebar luas kini ialah Korea Utara - namun Amerika Syarikat dan penyelidik sekuriti siber dari Eropah berkata, masih terlalu awal untuk menuduh Korea Utara sebagai 'suspek utama'.

Ramai yang mungkin tidak pernah dengar tentang Lazarus Group, namun mungkin tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya.

Lazarus Group didakwa ditaja oleh pemerintah Korea Utara dan sebelum ini dipersalahkan dalam aksi godam di sebuah bank di Bangladesh pada 2016 yang mengakibatkan kerugian beratus-ratus juta dolar.

Pakar keselamatan dengan berhati-hati mengaitkan Lazarus Group kepada serangan terbaru ini selepas penemuan oleh penyelidik keselamatan Google, Encik Neel Mehta. Beliau mendapati persamaan antara kod dalam WannaCry - perisian yang digunakan dalam godaman terbaru - dan perisian yang digunakan oleh Lazarus Group dahulu.

"Penemuan Neel Mehta adalah petunjuk yang paling penting kami temui setakat ini mengenai asal-usul WannaCry," kata firma keselamatan Rusia, Kaspersky, yang turut menyatakan pihaknya memerlukan lebih bukti untuk mengukuhkan keyakinan terhadap dakwaan tersebut.

"Kami percaya ia adalah penting bahawa penyelidik lain di seluruh dunia menyiasat persamaan ini dan cuba untuk mencari lebih banyak fakta tentang asal-usul WannaCry," kata syarikat itu.

"Dalam masa terdekat nanti akan ada lebih banyak bukti yang muncul yang membolehkan pihak kita dan yang lain-lain untuk mengaitkan mereka dengan penuh keyakinan. Kajian lanjut amat penting untuk menyambungkan bukti-bukti ini." menurut pakar keselamatan, Prof Alan Woodward, dalam satu laporan BBC. 

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan