Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara dakwa peluru berpandu jarak sederhana sedia digunakan dalam pertempuran

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas ujian pelancaran dilakukan terhadap peluru berpandu Pukguksong-2 itu semalam (21 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 06:24PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:05PM

PYONGYANG: Korea Utara menyatakan sejenis peluru berpandu jarak sederhana miliknya sudah siap untuk digunakan bagi tujuan pertempuran.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas ujian pelancaran dilakukan terhadap peluru berpandu Pukguksong-2 itu semalam (21 Mei).

Agensi Berita Korea Utara menyatakan ujian itu disaksikan pemimpin ulung, Kim Jong-un.

Ujian tersebut bertujuan mengesahkan lagi keupayaan tahap lanjut dalam mengawal pergerakan induk peluru berpandunya.

Ia membayangkan kemajuan besar dalam keupayaan peluru berpandu Korea Utara untuk menyerang sasaran Amerika Syarikat.

Selain itu ujian pagi tadi juga bertujuan memastikan fungsi enjin peluru berpandu itu yang menggunakan bahan bakar dalam bentuk pepejal.

Ujian tersebut mencetuskan bidasan baru dari masyarakat antarabangsa.

Majlis Keselamatan PBB dijangka bertemu esok, bagi membincangkan tindakan provokasi terbaru Pyongyang itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan