Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara belum beri reaksi tentang rundingan tentera dengan Korea Selatan

Korea Utara belum memberikan reaksi kepada saranan Korea Selatan agar kedua-dua negara mengadakan rundingan ketenteraan bagi mengendurkan ketegangan di semenanjung itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2017 08:45PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 03:07AM

PYONGYANG: Korea Utara belum memberikan reaksi kepada saranan Korea Selatan agar kedua-dua negara mengadakan rundingan ketenteraan bagi mengendurkan ketegangan di semenanjung itu.

Pihak Seoul bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut tentang agendanya.

Pemerintah Korea Selatan menyarankan agar pertemuan itu diadakan pada Jumaat ini di sebuah bangunan Korea Utara di kampung sempadan Panmunjom.

Pertemuan tersebut, jika berlangsung, merupakan rundingan peringkat pemerintah yang pertama antara dua negara Korea itu sejak Disember 2015.

Korea Selatan mencadangkan pertemuan itu beberapa minggu selepas Korea Utara melakukan ujian pertama pelancaran peluru berpandu antara benua miliknya.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sudahpun menawarkan untuk menghentikan semua tindakan permusuhan di kawasan sempadan bersama menjelang 27 hari bulan ini iaitu ulang tahun perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan