Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan mungkin usul rundingan dengan Korea Utara minggu ini

Korea Selatan mungkin mengusulkan rundingan dengan Korea Utara, seawal minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan mungkin usul rundingan dengan Korea Utara minggu ini

Presiden Korea Selatan Moon Jae-In. (Gambar: AFP/Kim Hong-Ji)

Diterbitkan : 16 Jul 2017 10:13PM Dikemas Kini : 16 Jul 2017 10:14PM

SEOUL: Korea Selatan mungkin mengusulkan rundingan dengan Korea Utara, seawal minggu ini.

Ini selepas Presiden Korea Selatan Moon Jae-in menawarkan untuk menghentikan semua tindakan provokatif di kawasan sempadan dengan Korea Utara, menjelang 27 hari bulan ini, iaitu ulang tahun perjanjian gencatan senjata yang menamatkan perang Korea.

Kementerian-kementerian terbabit Korea Selatan dan pihak tentera dilapor sedang membincangkan pelan untuk berunding dengan Korea Utara.

Ini menyusuli penerbitan sebuah rencana dalam akhbar rasmi Pyongyang, Rodong semalam, bahawa tawaran Presiden Moon mempunyai niat konfrontasi.

Ia juga melahirkan rasa lapang akan komitmen Presiden Moon kepada perisytiharan yang telah ditandatangani pada tahun 2000 dan 2007.

Akhbar tersebut juga menyeru supaya ditamatkan konfrontasi tentera.

Tetapi para pakar percaya Korea Utara boleh mendesak bagi pemansuhan latihan tentera Korea Selatan dengan Amerika. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan