Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan kenakan sekatan sehala terhadap Korea Utara

Korea Selatan menyenaraihitamkan para pegawai kanan Korea Utara, termasuk pegawai peribadi Kim Jong Un dalam sekatan sepihak menyusuli ujian-ujian peluru berpandu dan nuklear yang dilancarkan oleh Pyongyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan kenakan sekatan sehala terhadap Korea Utara

Seorang wanita dan anak perempuannya memberi penghormatan kepada patung pengasas Korea Utara Kim Il Sung (L) dan mendiang pemimpin Kim Jong Il. (Gambar: REUTERS/Damir Sagolj/File Photo)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 11:48AM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 11:55AM

SEOUL: Korea Selatan menyenaraihitamkan para pegawai kanan Korea Utara, termasuk pegawai peribadi Kim Jong Un dalam sekatan sepihak menyusuli ujian-ujian peluru berpandu dan nuklear yang dilancarkan oleh Pyongyang.

Pemerintah Korea Selatan mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa ia akan mengharamkan kemasukan para pakar peluru berpandu dan nuklear dari negara asing sekiranya lawatan mereka ke Korea Utara dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan Korea Selatan.

Tindakan Seoul itu diambil menyusuli sekatan baru yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap Korea Utara pada Rabu yang bertujuan untuk mengurangkan hampir suku hasil eksport tahunan Pyongyang.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan