Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan beri amaran program peluru berpandu Korea Utara berkembang lebih pantas daripada jangkaan

Program peluru berpandu Korea Utara berkembang lebih pantas daripada jangkaan, kata Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan beri amaran program peluru berpandu Korea Utara berkembang lebih pantas daripada jangkaan

Sebutir peluru berpandu Korea Selatan dipamerkan di Muzium Memorial Perang di Seoul. (Gambar: AFP/KIM JAE-HWAN)

Diterbitkan : 16 May 2017 10:06PM Dikemas Kini : 16 May 2017 10:09PM

SEOUL: Program peluru berpandu Korea Utara berkembang lebih pantas daripada jangkaan, kata Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo.

Encik Han memberitahu parlimen negara itu program Korea Utara itu lebih pantas daripada yang dimililki Korea Selatan.

Seoul mengeluarkan kenyataan itu menjelang sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB lewat hari ini (16 Mei).

Majlis Keselamatan berikrar untuk mengambil langkah-langkah tegas ke atas Pyongyang kerana tindakannya yang menggugat kemantapan.

Jurucakap Majlis Keselamatan PBB, Stephane Dujarric berkata: "Tindakan ini mencabuli ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan dan satu ancaman terhadap keamanan dan keselamatan serantau. Setiausaha Agung PBB menggesa Korea Utara supaya memastikan pematuhan penuh perjanjian-perjanjian antarabangsa dan kembali kepada usaha mewujudkan kawasan bebas nuklear."

Ahad lalu, Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu terbarunya yang didakwa berupaya membawa induk pelancar nuklear.

Para pengamat mengatakan jarak keupayaan peluru berpandu ini sejauh 4,500 kilometer dan dengan mudah boleh mengena sasaran di pangkalan Amerika di Guam.

Pyongyang telahpun dikenakan enam pusingan sekatan ekoran pelbagai ujian peluru berpandu dan nuklear yang dilakukan sejak sedekad lalu.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan