Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kongres tolak Rang Undang-undang Penjagaan Kesihatan Trump bagi gantikan Obamacare

 Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengalami "kekalahannya" yang pertama dalam Kongres, sejak memegang jawatan Presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2017 08:12PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:48PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengalami "kekalahannya" yang pertama dalam Kongres, sejak memegang jawatan Presiden.

Golongan Republican menarik balik rang undang-undang jagaan kesihatan yang sepatutnya menggantikan skim insurans kesihatan Obamacare, yang dikuatkuasakan oleh mantan Presiden Barack Obama.

Speaker Dewan dari Republican, menarik balik rang undang-undang itu, sejurus sebelum pengundian dijalankan, kerana tidak mendapat sokongan undi yang mencukupi di kalangan anggota-anggota Republican sendiri dalam Dewan Kongres.

Anggota-anggota Democrat secara sebulat suara menolak rang tersebut.

Presiden Trump menyalahkan anggota Democrat kerana kegagalan melaksanakan rang yang disarankannya itu dan berjanji akan melakar satu lagi skim jagaan kesihatan yang baru bagi menggantikan Obamacare.

Dalam kenyataannya Encik Trump berkata beliau "kecewa dan terkejut " rang tersebut ditolak sedangkan rancangan pembaharuan itu "amat baik".  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan