Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Komposer terkenal Johan Nawawi meninggal dunia

Komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi (24 Mac) di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby.

Anggaran Waktu Membaca:
Komposer terkenal Johan Nawawi meninggal dunia

Allahyarham Johan Nawawi bersama isterinya, penyanyi Nora Ariffin. (Gambar: Nora Ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 10:32AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 10:36AM

PETALING JAYA: Komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi (24 Mac) di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby.

Dalam petikan laporan Utusan, pemergian Allahyarham disahkan oleh Nora menerusi satu kiriman ringkas mesej suara.

Allahyarham Johan, 52 tahun, dibawa ke pusat perubatan tersebut malam semalam akibat demam. Namun setakat ini, punca kematian belum diketahui, menurut laporan Utusan.

Dalam tukilan laporan Utusan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Kampung Tunku selepas solat Jumaat.

Sebelum ini, Allahyarham Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Naluri, Desa Tercinta dan Samudera.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan