Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kiriman bantuan kepada Aleppo ditunda atas sebab keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunda rancangan kiriman bantuan kepada penduduk bandar Aleppo, Syria atas sebab-sebab keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 09:03PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 10:22PM

ALEPPO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunda rancangan kiriman bantuan kepada penduduk bandar Aleppo, Syria atas sebab-sebab keselamatan.

Badan dunia itu memberi amaran bahawa bekalan makanan akan kehabisan menjelang hujung bulan ini.

Sementara itu, Rusia sudah melanjutkan gencatan senjata yang sepatutnya berakhir malam ini (22 Okt). Namun di beberapa kawasan, pertempuran masih berterusan antara tentera pemerintah dan pemberontak.

PBB sudah meluluskan ketetapan menggesa siasatan khas terhadap keganasan terbaru di Aleppo.

Damsyik yang disokong Rusia menuduh pemberontak menghambat gerakan pemindahan penduduk awam dari Aleppo. Bahagian timur bandar tersebut yang ditawan pihak pemberontak pada 2012 dikepung tentera pemerintah sejak Julai lalu.

PBB menyatakan hampir 500 orang terkorban dan sekitar 2,000 orang cedera sejak pemerintah Syria melancarkan ofensif terhadap pemberontak di Aleppo pada 23 September lalu. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan