Images
  • Vietnam flood
    Orang ramai menyaksikan loji janakuasa di Hoa Binh dibuka menyusuli hujan lebat di Hoa Binh. (Gambar: KHAM/REUTERS)

Kini 54 maut, 39 masih hilang dalam banjir buruk Vietnam

HANOI: Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban akibat banjir yang melanda kawasan utara dan tengah Vietnam minggu ini, menurut agensi pencegahan malapetaka hari ini (13 Okt).

Lagi 39 pula masih hilang.

Banjir tersebut yang bermula Isnin lalu (9 Okt) adalah yang terburuk berlaku di Vietnam dalam masa beberapa tahun ini.

Sekitar 317 rumah musnah sama sekali dalam kejadian-kejadian tanah runtuh sementara lebih 34,000 rumah ditenggelami air.

Sejauh ini sawah-sawah padi seluas 22,000 hektar musnah dan sekitar 180,000 haiwan ternakan terkorban.

Sebelum ini bahagian tengah Vietnam dipukul ribut taufan yang menimpakan kemusnahan besar.

Banjir juga menjejas tujuh daripada 77 wilayah di Thailand, menurut kenyataan Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Thailand semalam (12 Okt).

Lebih 480,000 hektar kawasan pertanian terjejas, demikian didedahkan jabatan itu.  

- REUTERS/MM/sm

Komen Anda?

Top