Images
  • missile test
    Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memberikan panduan di tapak pembinaan di Ryomyong Street di Pyongyang. (Gambar: KCNA/via Reuters)

Kim Jong-un: Ujian enjin satu lembaran baru dalam industri roket

SEOUL: Hari ini Korea Utara menyatakan ia sudah berjaya menguji satu enjin baru yang mempunyai kuasa dorongan lebih tinggi.

Ujian itu dilakukan di stesen pelancar roket Tongchang-ri.

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berkata kejayaan tersebut membuka lembaran baru dalam industri roket negara itu.

Agensi Berita Korea Utara menyatakan enjin baru itu akan membantu usaha negara tersebut mempunyai keupayaan bertaraf dunia bagi melancarkan satelit.

Ini membayangkan bahawa apa yang diuji itu adalah enjin roket bagi peluru berpandu jarak jauh.

Encik Kim pernah berkata Korea Utara hampir dapat melakukan ujian pelancaran peluru berpandu jarak jauh.

- CNA/im

Komen Anda?

Top