Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Nam mati merana dalam 20 minit selepas diserang, kata menteri M'sia

Kim Jong Nam meninggal dunia dalam masa 20 minit selepas diserang dan mungkin mengalami "kematian yang amat menyakitkan".

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Nam mati merana dalam 20 minit selepas diserang, kata menteri M'sia

Polis Malaysia menyatakan Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, dibunuh dengan agen saraf VX. (Gambar: AFP/JIJI PRESS)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 10:58PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 10:59PM

KUALA LUMPUR: Kim Jong Nam meninggal dunia dalam masa 20 minit selepas diserang dan mungkin mengalami "kematian yang amat menyakitkan" kerana organ-organ utamanya tidak berfungsi, kata menteri kesihatan Malaysia hari ini (26 Feb).

Menteri Kesihatan Malaysia S Subramaniam memberitahu para wartawan di sidang media hari ini bahawa hasil bedah siasat sama dengan laporan-laporan polis yang menunjukkan abang tiri pemimpin Korea Utara itu dibunuh dengan agen saraf bahaya VX.

Dalam satu rakaman CCTV pembunuhan itu, dua wanita dilihat menekap sesuatu di muka Kim.

Di klip-klip kemudiannya, Kim dilihat meminta bantuan perubatan daripada para pegawai lapangan terbang, dan menggesek matanya dan terjatuh sedang beliau memasuki klinik lapangan terbang itu.

"Beliau meninggal dunia di dalam ambulans. Beliau pengsan di klinik," kata Encik Subramniam kepada para wartawan hari ini.

"Dari masa beliau diserang, beliau meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit."

Hasil bedah siasat menunjukkan lelaki berusia 45 tahun itu mungkin meninggal dunia disebabkan "lumpuh yang sangat serius" disebabkan agen saraf, tambah Encik Subramaniam.

PENYERANG INDONESIA MUNTAH SELEPAS KELUAR DARI LAPANGAN TERBANG

Encik Subramaniam memberitahu bahawa pihak berkuasa juga menjalankan ujian bagi memastikan jika penyerang Indonesia, Siti Aishah, juga terjejas dengan bahan kimia itu.

Dia dilaporkan tidak sihat, mungkin disebabkan terkena bahan kimia berkenaan.

Dalam satu sidang media berasingan, Ketua Polis Selangor Abdul Samah memberitahu para wartawan bahawa Siti Aishah muntah di dalam teksi serta merta selepas meninggalkan lapangan terbang tersebut.

Dia dilaporkan penyerang pertama yang mendekati Kim dan mengelap cecair itu pada Kim.

Siti Aishah masih menyatakan bahawa dia ditipu melakukan perkara itu, dan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia memikirkan cecair itu ialah minyak bayi. 

Sumber : CNA/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan