Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khabar angin kematian Mahadzir Lokman tidak benar

Adik kepada Datuk Mahadzir Lokman menolak khabar angin bahawa personaliti terkenal itu sudah meninggal dunia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Khabar angin kematian Mahadzir Lokman tidak benar

Dato Mahadzir Lokman dikatakan kini berada dalam keadaan kritikal. (Gambar: dmlokman/Instagram)

Diterbitkan : 26 Sep 2017 09:36AM Dikemas Kini : 26 Sep 2017 09:37AM

KUALA LUMPUR: Adik kepada Datuk Mahadzir Lokman menolak khabar angin bahawa personaliti terkenal itu sudah meninggal dunia.

Danial Lokman berkata walaupun abangnya masih dalam keadaan koma dan dalam keadaan kritikal berikutan pelbagai komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan kencing manis, namun keadaan beliau masih stabil.

“Keadaannya masih kritikal namun stabil, doktor sedang berusaha melakukan yang terbaik,” katanya melalui WhatsApp semalam (25 Sep).

Oleh itu, Danial meminta orang ramai supaya jangan mempercayai khabar angin bahawa Mahadzir sudah meninggal dunia dan berharap mereka mendoakan agar Mahadzir segera pulih.

Mahadzir, 60 tahun, dibawa ke hospital awal Ahad lalu oleh keluarganya yang menemui beliau tidak sedarkan diri di kediamannya dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan