Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesemua 191 ketua bahagian UMNO sokong sepadu kepimpinan Najib

Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesemua 191 ketua bahagian UMNO sokong sepadu kepimpinan Najib

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memberi ucapan sempena ulang tahun ke-70 UMNO. (Gambar: Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 09:09AM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:10AM

PUTRAJAYA: Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu malam.

"Kesemua ketua bahagian UMNO memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.

"Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman," katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya

Dalam ucapannya, beliau berkata mereka yang sudah meninggalkan parti tidak harus dipinggirkan sebaliknya terus didekati untuk kembali menyokong UMNO.

Kata Tengku Adnan, beliau ada mendapat maklumat terdapat cubaan parti lawan yang juga parti serpihan UMNO untuk memancing ketua-ketua cawangan di Putrajaya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk merapatkan diri dengan masyarakat dan turun padang untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat. 

Sumber : Bernama/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan