Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes rogol bawah umur di M'sia berkaitan Internet naik 300% dalam 5 tahun

Kes rogol melibatkan kanak-kanak dan penggunaan Internet di Malaysia meningkat tiga kali ganda antara 2010 dan 2015, menurut satu tinjauan.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kes rogol melibatkan kanak-kanak dan penggunaan Internet di Malaysia meningkat tiga kali ganda antara 2010 dan 2015, menurut satu tinjauan.

Statistik dari Unit Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis dan Digi CyberSAFE turut mendapati bahawa seorang daripada 10 kanak-kanak diminta mengongsi gambar intim mereka atau video secara online.

"Berdasarkan tinjauan kami, sekitar 80 peratus responden muda berkata mereka bersedia berkawan secara online dengan orang yang tidak dikenali," kata pengurus program CyberSAFE Philip Ling kepada New Straits Times.

Tinjauan itu turut mendedahkan bahawa hampir 80 peratus kes rogol yang dilaporkan sejak dua tahun lalu melibatkan perkenalan secara online.

Menurut Encik Ling, tinjauan itu melibatkan 14,000 kanak-kanak daripada 3,000 sekolah di Malaysia. 

Sumber : Agensi berita/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan