Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes remaja dirantai kepada tong gas: Bapa kandung syukur dapat hak penjagaan

Kanak-kanak yang ditemui diikat dan dirantai pada tong gas Khamis lalu (5 Okt) pernah beberapa kali menghubungi bapa kandungnya untuk mengadu dia dipukul bapa tirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes remaja dirantai kepada tong gas: Bapa kandung syukur dapat hak penjagaan

Budak lelaki yang dirantai pada tong gas. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 06:33PM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 06:35PM

KUANTAN: Kanak-kanak yang ditemui diikat dan dirantai pada tong gas Khamis lalu (5 Okt) pernah beberapa kali menghubungi bapa kandungnya untuk mengadu dia dipukul bapa tirinya.

Bapa kandung mangsa, 36 tahun, yang enggan dikenali, berkata sebaik dimaklumkan tentang perkara itu oleh anaknya yang berusia 10 tahun itu, beliau menghubungi bekas isterinya untuk mendapatkan kepastian.

"BIASALAH ANAK (AWAK) NAKAL"

"Apabila saya tanya dia (bekas isteri), katanya biasalah sebab anak saya nakal sangat," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah hari ini (11 Okt).

Beliau yang bekerja sebagai penyelia sebuah pusat mencuci kenderaan di Melaka Tengah berkata sebelum ini beliau menjaga anak sulungnya (16 tahun) dan anak ketiganya (10 tahun).

Namun, bekas isterinya mengambil kedua-dua anaknya itu tanpa pengetahuannya ketika mereka ditempatkan di asrama sebuah sekolah tahfiz di Melaka tiga tahun lalu, tambah beliau.

Bapa berkenaan melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Mahkamah Khas Kanak-kanak memberikan hak penjagaan sementara ke atas anak ketiganya itu.

INGIN KETIGA-TIGA ANAKNYA DI BAWAH SATU BUMBUNG

Beliau berharap akan mendapat hak penjagaan tetap bagi membolehkannya menjaga anaknya serta dua lagi anaknya yang lain.

"Mereka ada nyatakan hasrat nak duduk bersama dan saya tiada masalah untuk menjaga, semuanya terpulang kepada mereka.

"Hari ini saya akan bawa balik anak ketiga saya terlebih dahulu ke Melaka, manakala abangnya akan menyusul selepas ini sebaik selesai peperiksaannya," katanya yang turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan dengan isteri sekarang. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan