Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes Kim Jong Nam: Polis M'sia sahkan beberapa lagi suspek akan ditahan

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat beberapa lagi individu yang akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 09:17PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:52PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat beberapa lagi individu yang akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam.

Identiti suspek-suspek baru itu tidak didedahkan agar tidak mengganggu siasatan. Bagaimanapun Tan Sri Khalid berkata ada di antara mereka adalah "orang penting warga Korea Utara."

Menurutnya Malaysia akan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan mereka.

Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un didakwa dibunuh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan racun saraf ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lepas.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan