Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes bunuh Kim Jong-nam: Lelaki misteri Korea mungkin masih ada di M'sia

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa lelaki warga Korea Utara, Ri Ji-u yang gambarnya ditemui dalam telefon bimbit milik tertuduh, Siti Aisyah yang didakwa membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mungkin masih berada di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh Kim Jong-nam: Lelaki misteri Korea mungkin masih ada di M'sia

Kim Jong Nam (dalam sut kelabu) diserang dengan agen berbahaya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 Februari. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 07:12PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 07:19PM

SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini (13 Nov) bahawa lelaki warga Korea Utara, Ri Ji-u yang gambarnya ditemui dalam telefon bimbit milik tertuduh, Siti Aisyah yang didakwa membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mungkin masih berada di negara itu.

Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz bersetuju dengan cadangan peguam Gooi Soon Seng, yang mewakili Siti Aisyah, bahawa Ri Ji masih berada di Malaysia berikutan beliau tidak pernah membuat sebarang semakan keluar masuk lelaki berkenaan ke negara ini.

Saksi pendakwaan kesembilan itu, bagaimanapun, menjawab 'tidak tahu' apabila dicadangkan Ri Ji memasuki negara itu dari Phnom Penh, Kemboja pada 21 Januari lalu dengan penerbangan Malaysia Airlines. 

Beliau berkata demikian pada perbicaraan hari ke-16 kes warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9.00 pagi, 13 Februari lalu.

Terdapat dua gambar Ri Ji dalam telefon bimbit Siti Aisyah iaitu ketika lelaki itu berada di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA).

Mengenai wang AS$38,000 (S$51,760) yang ditemui di sebuah kondominium yang diduduki oleh seorang suspek warga Korea Utara, Ri Jong-chol, Wan Azirul Nizam berkata menurut keterangan yang diambil daripada lelaki itu, wang tersebut diterima daripada empat lelaki Korea Utara.

Saksi itu berkata empat lelaki itu ialah Kim Chun-hui dan tiga lagi lelaki yang beliau tidak ingat namanya.

"Dia (Ri Jong)  menerima wang itu pada Oktober 2016 untuk membeli 'mee lembut' untuk dihantar ke Korea Utara. Saya juga tidak membuat siasatan lanjut," katanya sambil menambah lelaki itu menyewa kondominium tersebut sejak 19 Mei 2015 dengan kadar bayaran RM1,700 (S$550) sebulan.

Katanya, Ring Jong akan membuat bayaran tunai kepada (pemilik rumah) pada setiap hujung bulan dan pemilik rumah itu akan mengambil wang itu di kondominium berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan