Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kes aneh: Bapa saman anak perempuan, minta bayar balik yuran universiti

Seorang bapa yang bosan dengan perangai anak perempuannya sendiri dan tidak puas hati kerana membayar yuran universitinya selama ini, memfailkan saman terhadap anaknya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes aneh: Bapa saman anak perempuan, minta bayar balik yuran universiti

Universiti Vienna. (Gambar fail: UniversitC$t Wien/Facebook)

Diterbitkan : 19 Mar 2017 12:08AM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 12:25AM

VIENNA: Seorang bapa yang bosan dengan perangai anak perempuannya sendiri dan tidak puas hati kerana membayar yuran universitinya selama ini, memfailkan saman terhadap anaknya itu.

Ini kerana beliau berpendapat anaknya itu, yang mengikuti kursus seni bina di Universiti Vienna, mengambil masa terlalu lama untuk tamat pengajian, lapor Russia Today (RT).

Si bapa mahu anaknya itu memulangkan wang yuran yang sudah dibayarnya selama ini sebanyak 24,000 euro (S$36,140) – iaitu termasuk faedahnya sekali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu mengambil tempoh 13 semester untuk tamat pengajian, berbanding 8 semester untuk mahasiswa lain bagi kursus yang sama di universiti tersebut.

Bapa wanita tersebut memfailkan samannya itu di Mahkamah Tinggi, selepas gagal memenangi dua kes yang dikemukannya sebelum ini di mahkamah rendah.

Menurut RT, lelaki tersebut akhirnya menang dalam kes tersebut, dan anak perempuannya diarahkan membayar balik 24,000 euro serta lagi 8,000 euro (S$12,050) untuk yuran guaman.

Mahkamah memutuskan bahawa si bapa hanya perlu membayar yuran untuk 10 daripada 13 semester universiti anaknya itu.

Meskipun ia kes yang pelik, media Austria melaporkan bahawa firma guaman si bapa pernah mengendalikan enam kes serupa sepanjang dua tahun lepas.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan