Images
  • London

Kerosakan elektrik punca kereta api bawah tanah terbakar

LONDON: Pasukan bomba Britain sudah dapat mengesan punca kebakaran di sebuah kereta api bawah tanah di Stesen Oxford Circus di ibu kota London hari ini (11 Ogos).

Ia berpunca daripada kerosakan elektrik
di bawah salah satu gerabaknya.

Kebakaran kecil itu berlaku pada waktu sibuk sekitar 9.00 pagi waktu tempatan atau 4.00 petang tadi waktu Singapura.

Ia menyebabkan satu atau dua gerabak kereta apinya diselubungi asap tebal.

Dua orang dihantar ke hospital dan ribuan orang di stesen itu diarah meninggalkannya.

Bagaimanapun stesen tersebut yang sebelum ini ditutup, dibuka semula.

Stesen Oxford Circus terletak di kawasan beli-belah utama London.

Ia juga merupakan pusat tukar kereta api yang amat sibuk, menghubungkan laluan-laluan Tengah bandar, Bakerloo dan Victoria. 

- Agensi berita/MU/nk

Komen Anda?

Top