Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keretakan ditemui di 'bullet train' di Jepun

Pihak berkuasa Rel Jepun menemui keretakan pada kereta api gerak kilat atau "bullet train" yang boleh menyebabkan kemalangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2017 07:39PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:26PM

JEPUN: Pihak berkuasa Rel Jepun menemui keretakan pada kereta api gerak kilat atau "bullet train" yang boleh menyebabkan kemalangan.

Ini merupakan kali pertama "insiden serius" seperti ini berlaku pada sistem ikonik Shinkansen.

Keretakan dikesan selepas kakitangan kereta api melaporkan bau asap sebaik sahaja kereta api berkenaan berhenti di sebuah stesen di selatan Jepun kelmarin (10 Dis).

Para pegawai pengangkutan mengatakan jika kereta api itu meneruskan perjalanan, kemungkinan besar keretakan di bawah sebuah gerabak itu akan menyebabkan kereta api tergelincir.

Kira-kira 1,000 penumpang berada dalam kereta api berkenaan dan mereka dipindahkan ke kereta api lain.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan