Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta rempuh van polis di Champs-Elysees: Polis Perancis lancar siasatan anti-pengganasan

Polis Perancis pula melancarkan siasatan anti-pengganasan selepas seorang lelaki merempuh kereta yang dipandunya ke arah sebuah van polis di Champs-Elysees semalam (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta rempuh van polis di Champs-Elysees: Polis Perancis lancar siasatan anti-pengganasan

Para pegawai polis berjalan di kawasan yang dikepung pada 19 Jun 2017 di kawasan Champs-Elysees di Paris. (Gambar: AFP Photo/Thomas Samson)

Diterbitkan : 20 Jun 2017 07:31PM Dikemas Kini : 20 Jun 2017 07:32PM

PERANCIS: Polis Perancis pula melancarkan siasatan anti-pengganasan selepas seorang lelaki merempuh kereta yang dipandunya ke arah sebuah van polis di Champs-Elysees semalam (19 Jun).

Lelaki itu terbunuh akibat satu letupan menyusuli insiden itu.

Insiden terbaru ini berlaku di lokasi sama di mana seorang pegawai polis ditembak mati oleh seorang pengganas dua bulan lalu.

Semalam, sebuah kereta meletup dan dijilat api setelah ia merempuh sebuah van polis di kawasan Champs-Elysees di Paris.

Polis menyatakan bahawa pemandu itu turut membawa senjata.

Selama 40 minit selepas pihak polis mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk menjauhi kawasan tersebut, dengan mendedahkan bahawa ia sedang menangani sebuah insiden, polis Paris menulis di laman Twitter bahawa keadaan itu terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak polis dan beberapa sumber kehakiman mendedahkan mereka mengesyaki insiden tersebut sebagai tindakan yang disengajakan. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan