Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta, motosikal hangus dijilat api pada Aidilfitri

Empat rakan yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, menerima berita sedih apabila motosikal dan kereta mereka yang ditinggalkan di rumah sewa di Jenderam Desa, Dengkil dekat ini hangus dalam kebakaran semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta, motosikal hangus dijilat api pada Aidilfitri

(Gambar fail: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 17 Jul 2015 09:58PM Dikemas Kini : 20 Jul 2015 11:53AM

PUTRAJAYA: Empat rakan yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, menerima berita sedih apabila motosikal dan kereta mereka yang ditinggalkan di rumah sewa di Jenderam Desa, Dengkil dekat ini hangus dalam kebakaran semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abd Aziz Ali berkata berita sedih itu disampaikan kepada mereka yang telah pulang ke Kelantan oleh jiran mereka.

Beliau berkata dalam kejadian 5.00 petang semalam, rumah kayu dua tingkat itu musnah sepenuhnya dan turut hangus empat buah motosikal dan sebuah kereta jenis Myvi milik empat rakan itu.

"Siasatan awal mendapati punca kebakaran kemungkinan berpunca daripada litar pintas kerana kejadian fius terbakar telah berlaku dua kali sebelum ini dan ia telah digantikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

ACP Abd Aziz berkata kebakaran dipadamkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Cyberjaya.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan