Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta api kargo tergelincir di KL, khidmat KTM alami gangguan

Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta api kargo tergelincir di KL, khidmat KTM alami gangguan

Gambar hiasan kereta api KTM Berhad. (Gambar: KTM Berhad/Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 01:03PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 01:06PM

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal disebabkan insiden tren kargo tergelincir yang berlaku di KM386.800, antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Bank Negara, pada pukul 4.30 pagi tadi (19 Ogos).

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit.

KTM Berhad dalam kenyataannya mendedahkan bahawa pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan menjangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4.00 petang ini.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sebarang perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan