Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerana lama sangat gunting rambut anaknya, si ibu acukan pistol

Seorang ibu kepada budak lelaki berusia 7 tahun mengacu pistol ke arah seorang tukang gunting rambut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerana lama sangat gunting rambut anaknya, si ibu acukan pistol

Wanita yang mengacu pistol ke arah tukang gunting rambut di Ohio. (Gambar: Laman Cleveland.com)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 10:03PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 10:04PM

CLEVELAND: Seorang ibu kepada budak lelaki berusia 7 tahun mengacu pistol ke arah seorang tukang gunting rambut.

Ini kerana dia merasakan tukang rambut itu mengambil masa yang terlalu lama untuk menggunting rambut anaknya, menurut satu laporan polis.

Laman Cleveland.com menyatakan para penyiasat masih sedang berusaha untuk mengenal pasti wanita yang terlibat dalam insiden itu yang berlaku di bandar Ohio, Amerika Syarikat.

Wanita itu beberapa kali membuat aduan mengenai masa yang diambil terlalu lama sebelum seorang pengurus berbual dengan tukang gunting berkenaan.

Laporan polis itu menambah wanita itu kemudian pergi ke arah mereka dan bertanya, jika mereka ada apa-apa yang hendak dikatakan.

Dia kemudian mengeluarkan sepucuk pistol daripada beg tangannya dan mengacukan ke arah tukang gunting tersebut, menurut laporan itu yang ditukil laman Clevelend.com.

"Saya ada dua peluru. Saya tembak awak," kata wanita itu, yang ditukil laporan polis tersebut.

Laman Clevelend.com juga menambah seorang lagi pekerja kedai itu berbual dengan wanita berkenaan yang kemudian menyimpan pistol itu semula ke dalam begnya.

Tukang gunting tersebut terus menyelesaikan gunting rambut anak wanita itu, yang kemudiannya meninggalkan kedai berkenaan bersama anaknya. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan