Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan CEO MAS letak jawatan 'tidak dijangkakan'

Keputusan Ketua Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew untuk menyertai semula Ryanair Holdings yang berpangkalan di Ireland tidak dijangkakan, tetapi ia tidak akan menjejas agenda transformasi MAS. 

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan CEO MAS letak jawatan 'tidak dijangkakan'

Gambar fail Menteri Pengangkutan Malaysia Liow Tiong Lai. (Gambar: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 04:20PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 04:33PM

KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew untuk menyertai semula Ryanair Holdings yang berpangkalan di Ireland tidak dijangkakan, tetapi ia tidak akan menjejas agenda transformasi MAS.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengatakan kementeriannya tidak menerima sebarang "bayang-bayang" terhadap pemergian Encik Bellew, dan masih lagi menunggu laporan lengkap dari MAS.

"Ia amat mengejutkan, kerana saya tidak menerima sebarang bayangan. Jadi saya ingin tahu perinciannya dahulu kerana saya tidak mempunyai laporan dari Malaysia Airlines.

"Namun begitu kami konfiden transformasi MAS akan diteruskan, tidak kira siapa yang akan menjadi CEO ataupun COO seterusnya, transformasi MAS masih lagi dalam agenda.

"Kami dalam keadaan yang baik, MAS juga okay," beliau memberitahu wartawan semasa Rumah Terbuka Dewan Perniagaan dan Industri Persatuan India Malaysia hari ini (18 Okt).

Semalam (17 Okt), Ryanair, dalam kenyataannya, menyatakan Encik Bellew akan menyertai semula syarikat penerbangan Ireland itu sebagai COO, yang bertanggungjawab bagi operasi penerbangan serta operasi darat dan kejuruteraan Ryanair.

Sementara itu, Encik Liow, apabila ditanya mengenai penggantian CEO MAS, mengatakan ia bergantung kepada Khazanah Nasional Bhd sebagai pemegang saham terbesar syarikat tersebut.

"Tiada laporan mengenai itu (penggantian CEO MAS)... ia bergantung kepada Khazanah," kata beliau.  

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan