Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kena denda dan masuk jel jika tidak nyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat

Rakyat Filipina akan diwajibkan menyanyikan lagu kebangsaan apabila ianya diputarkan di tempat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kena denda dan masuk jel jika tidak nyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat

Bendera Filipina. (Gambar: TED ALJIBE / AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2017 09:30PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 09:33PM

MANILA: Rakyat Filipina akan diwajibkan menyanyikan lagu kebangsaan apabila ianya diputarkan di tempat awam - dan mereka harus menyanyikan lagu tersebut dengan semangat. Jika tidak, mereka boleh didenda atau masuk penjara!

Demikian menurut usulan rang undang-undang yang sudah diluluskan oleh Dewan Perwakilan Filipina pada hari Isnin (26 Jun).

Usulan undang-undang tersebut akan dipertimbangkan oleh dewan senat. Jika diluluskan dan ditandatangani menjadi undang-undang negara tersebut, rakyat Filipina gagal untuk menyanyikan lagu kebangsaan "Lupang Hinirang” dengan penuh semangat, mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun dan boleh dikenakan denda antara 50,000-100,000 peso (S$1,370-2,740).

Bagi kesalahan kali kedua, pesalah boleh dikenakan denda dan penjara pada masa yang sama, dan mereka yang melanggar undang-undang tersebut boleh dihukum dengan "penipuan awam" dalam akhbar.

"Nyanyian itu akan dijadikan wajib dan mesti dilakukan dengan semangat," menurut usulan undang-undang tersebut. 

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan