Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia pandang serius isu viral kurma tercemar dengan lipas, kumbang

KKM memandang serius berhubung isu itu dan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan M'sia pandang serius isu viral kurma tercemar dengan lipas, kumbang

Kurma. (Gambar hiasan: SAID KHATIB / AFP)

Diterbitkan : 27 May 2017 09:28PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:29PM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang viral di laman media sosial berkaitan buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang.

KKM memandang serius berhubung isu itu dan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.

Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang rosak atau tercemar.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. 

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan