Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga terbesar di Britain akan berhenti dengan 20 anak kerana...

Keluarga luar biasa ini membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak lagi selepas mereka menyambut kelahiran anak yang ke-20! 

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga terbesar di Britain akan berhenti dengan 20 anak kerana...

Keluarga Radford kini akan menyambut kedatangan anak mereka yang ke-20. (Gambar: Laman YouTube)

Diterbitkan : 22 May 2017 10:30PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:31PM

BRITAIN: Keluarga luar biasa ini membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak lagi selepas mereka menyambut kelahiran anak yang ke-20!

Sebabnya - pasangan suami isteri itu sudah ketandusan idea untuk menamakan bayi mereka.

Sue dan Noel Radford dijangka menimang seorang lagi anak lelaki pada bulan September.

Bersama adik-beradiknya seramai 19 orang dan tiga ekor anjing, mereka tinggal di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik mandi.

Dengan begitu ramai anak, bapa mereka berkata kini semakin sukar untuk ingat semua nama mereka.

Encik Noel berkata: "Jika kami memarahi seorang daripada mereka tetapi menyebut kesemua nama mereka, sehingga mereka akan berkata, 'Ayah, nama saya Ellie' atau sebagainya."

Keadaan itu juga bermakna mereka ketandusan idea untuk menamakan bayi terbaru nanti.

Mempunyai keluarga yang besar, meskipun meriah, bukannya mudah.

Barangan dapur menelan belanja sebanyak £250 (S$450) seminggu.

Dalam sekali makan sahaja, keluarga itu boleh menghabiskan sebanyak 60 sosej!

Bagaimanapun, menurut laporan Metro.co.uk keluarga Radford itu tidak mahu menuntut bantuan.

Pasangan itu yang juga tidak mahu anak-anak mereka dijadikan anak angkat keluarga lain meskipun semasa mereka remaja dulu. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan