Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga Allahyarham Kassim Ahmad failkan tuntutan terhadap Jawi

Peguam bagi keluarga cendekiawan muslim, Allahyarham Kassim Ahmad, mengatakan keluarga Allahyarham mengarahnya untuk membuat tuntutan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi prosiding mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga Allahyarham Kassim Ahmad failkan tuntutan terhadap Jawi

Allahyarham Kassim Ahmad. (Gambar: Facebook / Fergona Art)

Diterbitkan : 10 Oct 2017 11:05PM Dikemas Kini : 10 Oct 2017 11:07PM

KUALA LUMPUR: Peguam bagi keluarga cendekiawan muslim, Allahyarham Kassim Ahmad, mengatakan keluarga Allahyarham mengarahnya untuk membuat tuntutan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi prosiding mahkamah.

Encik Rosli Dahlan berkata, ini kerana mereka berpendapat bahawa perbuatan Jawi tidak ingin melepaskan tuduhan terhadap Allahyarham, memburukkan lagi kesihatannya.

Allahyarham Kassim Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun sekitar jam 10.00 pagi di Hospital Kulim.

Encik Roslan mengatakan anak perempuan Allahyarham yang tinggal di luar negara mengirim emel kepadanya dan mengatakan "ini yang apa mereka lakukan terhadap Papa", menukil laporan MalayMailOnline.

"Keluarga percaya Allahyarham dibelenggu masalah berhadapan dengan Jawi dan mereka mengarah saya untuk mendapatkan tuntutan dari Jawi kerana walaupun dengan usianya yang lanjut, Allahyarham tetap harus ke sana setiap kali ada kes," menurut Encik Rosli.

Menyifatkan jabatan agama sebagai "sombong", Encik Rosli mengatakan tuntutan terhadap jabatan agama adalah untuk menunjukkan "apa yang mereka lakukan adalah salah dan untuk mengesali tindakan mereka".

"Memandangkan mereka tidak akan menyesal, mereka harus membayarnya," kata beliau kepada MalayMailOnline.

Hanya dua bulan lalu, Allahyarham Kassim Ahmad akhirnya bebas dari tiga dakwaan di bawah undang-undang Shariah pada 2014 kerana menghina Islam dan tidak mengikut perintah pihak berkuasa agama, yang boleh dihukum didenda maksimum RM3,000 (S$970) ataupun dipenjara maksimum dua tahun.

Mahkamah Rayuan pada Disember 2015 dan Mahkamah Persekutuan pada Mac 2016 memutuskan dakwaan Jawi tidak sah dan semua dakwaan terhadap Allahyarham dilepaskan.

Encik Rosli mengesahkan keluarga Allahyarham akan menuntut dari Mahkamah Tinggi, dan turut menambah bahawa mereka juga akan "mempertimbangkan" sama ada untuk menuntut dari jabatan agama, menurut laporan MalayMailOnline.

Jenazah Allahyarham Kassim dikebumikan selepas solat Asar pada Selasa (10 Okt).  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan