Kejadian aneh: Buaya 3 meter pulangkan mayat lelaki mati lemas kepada orang kampung
Dalam satu kejadian yang sukar untuk dipercayai tetapi benar-benar berlaku, mayat seorang lelaki Indonesia bernama Syarifudin, yang mati di sebatang sungai, 'dihantar' ke tebing kepada orang kampung oleh seekor buaya yang besar.
KALIMANTAN TIMUR: Dalam satu kejadian yang sukar untuk dipercayai tetapi benar-benar berlaku, mayat seorang lelaki Indonesia bernama Syarifudin, yang mati di sebatang sungai, 'dihantar' ke tebing kepada orang kampung oleh seekor buaya yang besar.
Tubuh mayat tersebut juga ditemui dalam keadaan utuh.
Peristiwa tersebut yang berlaku semalam (19 Jul), dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh penduduk kampung dan kemudian tersebar di media sosial.
Menurut laporan Tribun Kaltim, insiden itu berlaku di sungai Biatan Lempake, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.
Para penduduk tempatan sebelum itu melakukan pencarian bagi mayat tersebut yang hilang sejak semalam.
Laman Tribun Kalim melaporkan, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa tersebut mati lemas atau akibat disambar buaya kerana ketika ditemui.
Laman Viva.co.id melaporkan, warga setempat yang menyaksikan peristiwa itu terkejut, kerana mereka awalnya menyangka buaya itu akan menyantap mayat Syarif.
Apatah lagi memandangkan buaya sepanjang tiga meter itu membuka mulutnya dan mengepakkan tubuhnya seolah akan memakan korban. Melihat hal itu dari daratan, para penduduk kampung meneriak meminta agar sang buaya melepaskan tubuh korban.
"Woi lepaskan lah, lepaskan lah. Astaghfirullah, besarnya," ujar seorang warga seperti ditukil laman Viva.
Beberapa saat kemudian, kejadian aneh berlangsung. Buaya itu sama sekali tidak memakan korban. Malah terus menolak mayat berkenaan ke pinggir. Bahkan, untuk melawan arus sungai, buaya itu menarik tubuh Syarifudin dengan cara menyangkutkan kaki mangsa ke dalam mulutnya yang menganga.
Buaya tersebut kemudian menolak mayat ke tepi dan melepaskannya di tebing sungai. Setelah itu, buaya itu pergi dengan cara menyelamkan tubuh ke dasar sungai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.