Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keganasan tercetus antara penduduk Buddha, Muslim di Sri Lanka

19 orang diberkas, berikutan keganasan antara golongan pelampau daripada kalangan penduduk majoriti penganut Buddha dan penduduk minoriti Muslim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:11PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:32PM

SRI LANKA: 19 orang diberkas, berikutan keganasan antara golongan pelampau daripada kalangan penduduk majoriti penganut Buddha dan penduduk minoriti Muslim.

Keganasan di bandar tepi pantai Ginthota, di selatan Sri Lanka tercetus akibat khabar-khabar angin dan mesej-mesej palsu di media sosial.

Beberapa hartanah rosak dan kenderaan dibakar.

Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardene, bertemu para pemimpin tempatan dan berikrar untuk mengembalikan keamanan.

Ketegangan meningkat antara penganut Buddha dan Muslim Sri Lanka tahun ini, dengan beberapa kumpulan tegar Buddha menuduh penduduk Muslim memaksa rakyat masuk Islam dan merosakkan tapak purba penganut Buddha.

Beberapa golongan nasionalis Buddha juga membantah adanya kumpulan pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar, yang memohon suaka di Sri Lanka.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan