Kanak-kanak Rohingya diperkosa, dilempar ke dalam api - laporan Save The Children
Kumpulan bantuan 'Save the Children' mengeluarkan laporan tentang pengalaman kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri dari rumah mereka di Rakhine, Myanmar.
MYANMAR: Kumpulan bantuan 'Save the Children' mengeluarkan laporan tentang pengalaman kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri dari rumah mereka di Rakhine, Myanmar.
Ini merupakan laporan ketiga yang mendedahkan nasib yang menimpa Muslim Rohingya minggu ini.
Laporan itu memberikan gambaran keganasan sistemik, pemerkosaan dan pengusiran secara paksa, yang dialami 600,000 warga Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak bulan Ogos.
Ada juga pendedahan pengalaman seorang askar yang menuangkan bahan api dan membakar seorang wanita yang sarat mengandung.
Seorang lagi askar pula merampas bayi dari tangan ibunya dan melemparkannya ke dalam api.
Laporan itu dikeluarkan menjelang pertemuan menteri-menteri luar Australia, Eropah, Asia dan New Zealand di ibu kota Myanmar, Nay Pyi Taw minggu depan.
Dalam laporan itu, 'Save the Children' menggesa para menteri luar yang menghadiri mesyuarat itu supaya meningkatkan tekanan bagi menamatkan keganasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.