Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak mati selepas wanita 140kg duduk di atasnya sebagai satu bentuk hukuman

Seorang wanita didakwa dengan kesalahan membunuh selepas dia menghukum sepupunya dengan duduk di atasnya  sehingga menyebabkan budak perempuan itu mengalami " cardiac arrest" atau jantung berhenti, menurut laporan The Washington Post pada Selasa (17 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak mati selepas wanita 140kg duduk di atasnya sebagai satu bentuk hukuman

Wanita seberat 140 kilogram duduk di atas sepupunya sehingga mati. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 11:11PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 11:12PM

FLORIDA: Seorang wanita didakwa dengan kesalahan membunuh selepas dia menghukum sepupunya dengan duduk di atasnya sehingga menyebabkan budak perempuan itu mengalami " cardiac arrest" atau jantung berhenti, menurut laporan The Washington Post pada Selasa (17 Okt).

Veronica Posey, 64 tahun, memberitahu para penyiasat dia mengenakan hukuman duduk diatas sepupunya, Dericka Lindsay, kerana budak 9 tahun itu berkelakuan nakal. Ibu mangsa meminta Posey untuk membantu mendisiplinkan Dericka kerana menghadapi masalah dengan anaknya itu.

Menurut akhbar Pensacola News Journal, bapa mangsa berkata Posey duduk d iatas Dericka selama 10 minit sebelum anaknya itu mengatakan dia tidak dapat bernafas. Posey, yang berat badannya 140 kilogram tidak segera berdiri malah, dia duduk lagi selama dua minit.

Laporan polis menunjukkan mangsa tidak lagi sedarkan diri apabila Posey berdiri.

Posey, juga didakwa memukul Dericka yang berat badannya 33 kilogram itu, dengan pembaris dan paip besi sebelum insiden ini berlaku. Dericka kemudiannya lari ke sebuah kerusi di mana Posey duduk di atasnya.

Apabila dia sedar bahawa sepupunya tidak lagi sedarkan diri, Posey menghubungi 911 dan melakukan CPR terhadap mangsa. Namun, mangsa diisytiharkan meninggal dunia kurang setengah jam selepas tiba di hospital.

Posey didakwa dengan kesalahan membunuh tahap kedua dan mendera, manakala ibu bapa mangsa - yang berada di rumah semasa insiden itu berlaku - didakwa dengan pengabaian anak. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan