Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 7 tahun patah tangan tersepit rim motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di Jalan Simpang Kuala semalam (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 7 tahun patah tangan tersepit rim motosikal

(Gambar: Petikan skrin dari video)

Diterbitkan : 01 May 2017 10:00AM Dikemas Kini : 01 May 2017 10:12AM

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di Jalan Simpang Kuala semalam (30 Apr).

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, mangsa membonceng motosikal sebelum terjatuh dan tangannya tersepit. Bagaimanapun, orang awam yang melalui tempat kejadian membantu menyelamatkan mangsa.

Video Tangan kanak-kanak patah masuk rim motosikalSeorang kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang sedang dinaiki bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, petang tadi.Mangsa yang berusia tujuh tahun membonceng motosikal bersama seorang wanita dipercayai ibunya kira-kira jam 1.50 petang.Mangsa dikatakan terjatuh dari tempat duduk dan tangan kirinya tersepit di jejari rim motosikal.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi untuk membantu selepas menerima panggilan jam 1.58 petang.“Sebaik tiba, tangan mangsa yang tersepit pada rim sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pihak kami segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Posted by Info Kemalangan & Bencana Malaysia on Sunday, 30 April 2017

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.58 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya semalam.

Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja terlibat dalam operasi menyelamat.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan