Images
  • syrian girl trump
    Bana Alabed yang berusia tujuh tahun. (Gambar: Petikan skrin dari video)

“Kami bukan pengganas. Kami seperti anak-anak anda”, rayu kanak-kanak Syria kepada Trump

SYRIA: Bana Alabed hanya berusia tujuh tahun. Tetapi pada usia semuda itu, beliau sudah mempunyai mesej penting untuk dikongsikan bersama dunia.

Dalam petikan laporan The Independent, Bana yang awalnya dikenali setelah membuat catatan-catatan di Twitter dari Aleppo, sebelum ini juga turut memberi butiran tentang kehidupan sukar sebagai warga Syria yang kerap dilanda serangan udara dalam perang saudara yang masih berterusan sekarang ini.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu sudahpun melarikan diri dari Aleppo pada Disember tahun lalu, menurut laporan The Independent.

Dalam sebuah video yang dimuat naik, Bana menyuarakan pendapatnya kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump: “Donald Trump, nama saya Bana Alabed, dan saya berusia tujuh tahun dari Aleppo, Syria. Kami adalah kanak-kanak Syria. Kami bukan pengganas. Kami seperti anak-anak anda. Tolong bantu kami hentikan peperangan itu. Kanak-kanak juga layak untuk hidup.”

“Kami mahu ke sekolah, kami mahu keluar bermain sekarang. Kami tidak boleh ke sekolah, kami tidak boleh keluar bermain disebabkan pengeboman itu. Kami kebuluran, kami adalah kanak-kanak itu. Kanak-kanak layak untuk hidup. Kami tiada makanan, tiada air bersih, tiada hospital, tiada sekolah. Tolong selamatkan kami, untuk hentikan peperangan itu,” kata Bana dalam video tersebut.

Malah, Bana turut menghasilkan sebuah lagi video kepada Trump bulan lalu:


Menurut laporan The Independent, sebelum ini, Bana juga pernah menulis kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May.


Bukan sekadar itu, kanak-kanak ini turut menulis surat kepada Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Syria Bashar Al Assad, tokoh-tokoh yang dipercayai menjadi penggerak utama bagi kebanyakan serangan udara yang menyebabkan banyak kemusnahan.


- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top