Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kalla: Indonesia mungkin sudah capai tahap kejayaan kekang kebakaran hutan

Indonesia menyatakan ia mungkin sudah mencapai tahap kejayaan dalam usaha mengekang kebakaran hutan dengan menimba pengajaran daripada bencana itu tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 05:14PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 10:29PM

JAKARTA: Indonesia menyatakan ia mungkin sudah mencapai tahap kejayaan dalam usaha mengekang kebakaran hutan dengan menimba pengajaran daripada bencana itu tahun lalu.

Dalam satu wawancara khas dengan Mediacorp, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata kejadian tahun lalu tidak mungkin berulang lagi dalam tahun-tahun mendatang.

Kesan kebakaran hutan di Indonesia tahun ini adalah terhad berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut Kementerian Sekitaran dan Perhutanan Indonesia, jumlah tompok panas sudah berkurangan 88 peratus berbanding 2015.

Rantau ini hanya terjejas oleh jerebu selama beberapa hari pada bulan Ogos lalu, disebabkan cuaca yang lebih banyak hujan dan persiapan yang lebih baik. Naib Presiden Kalla optimistik keadaan ini akan terus bertambah baik.

"Persiapan sudah lebih baik, orang-orang sudah dilatih memadamkan kebakaran di darat dan di udara, mereka bekerja dengan betul dan maksimum. Di samping itu, rehabilitasi restorasi persiapannya akan terus menerus dan akan ada pasukan untuk menanganinya di setiap wilayah, malah rakyat dan pengusaha sudah takut membuat kebakaran kerana itu akan dihukum berat di Indonesia," kata Encik Kalla.

Encik Kalla juga mempertahankan usaha Indonesia memadamkan api kebakaran hutan selama ini. Mengakui usaha itu bukanlah mudah, beliau berkata Jakarta akan memerlukan kerjasama antarabangsa untuk mengekalkan usaha tersebut.

Kumpulan-kumpulan alam sekitar juga menarik perhatian ada peningkatan dalam iltizam pemerintah Indonesia untuk menangani masalah kebakaran hutan.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan