Images
  • haj makkah tawaf
    Jemaah haji tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah. (Gambar: AFP)

Kain kiswa Kaabah dinaikkan - tanda bermulalah musim haji tahun ini

MAKKAH: Saban tahun, kiswa, atau kain hitam yang menutupi Kaabah dinaikkan dan bahagian yang terdedah kemudian ditutup dengan kain rentang berwarna putih sepanjang dua meter.

Prosedur itu dijalankan setiap tahun sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah kiswa daripada menjadi rosak. Kain kiswa lazimnya disentuh oleh para jemaah sedang mereka bertawaf, kata Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz bagi Kaabah, Dr Muhammad Bajouda.

Kiswa dinaikkan setiap tahun sebagai simbol bermulanya musim haji, lapor laman Arab News.

Sebelum ini, kiswa dinaikkan pada hari pertama Zulhijjah sebagai mengumumkan bermulanya ibadah itu.

Menurut Dr. Muhammad: “Dengan berkurangnya jumlah jemaah, tarikh menaikkan kiswa dikedepankan kerana jumlah jemaah amat sedikit dan agak sukar untuk ramai jemaah datang pada waktu itu.”

Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih dan pengangkutan yang lebih baik, tarikh itu diubah kepada pertengahan Zulkaeda, lapor Arab News.

Beliau berkata jumlah jemaah, yang melebihi dua juta, adalah salah satu sebab untuk menaikkan kiswa, iaitu untuk memeliharanya.

“Kiswa dinaikkan dari mataf, iaitu tiga meter daripada ketinggian Kaabah 14 meter. Baki 11 meter masih terus menutupi Kaabah sehingga 12 haribulan Muharram,” kata Dr. Muhammad.

Kiswa akan ditukar setahun sekali, pada musim haji, pada pagi hari Arafah, 9 Zulhijjah. Ia akan ditutup semula sehinggalah 12 Muharram, lapor Arab News.

Pada hari kelapan bulan Zulhijjah setiap tahun, semua bahagian yang dihiasi sulaman emas dialihkan,” kata beliau.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top