Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kahwin, cerai dalam tempoh 24 jam

Baru-baru ini, statistik di Singapura menunjukkan kadar perkahwinan dan penceraian di kalangan warga Muslim Singapura mencatat kenaikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kahwin, cerai dalam tempoh 24 jam

Jumlah perkahwinan Muslim di Singapura tidak jatuh mendadak semasa pandemik COVID-19. (Gambar hiasan: AFP/Jay Directo)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:56PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 08:57PM

KUALA TERENGGANU: Baru-baru ini, statistik di Singapura menunjukkan kadar perkahwinan dan penceraian di kalangan warga Muslim Singapura mencatat kenaikan.

Di Terengganu pula, Mahkamah Syariahnya menyaksikan penceraian yang paling singkat!

Menurut laman BHonline, bercerai dalam tempoh 24 jam adalah tempoh perkahwinan paling singkat direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST).

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun dikesan paling ramai bercerai dengan kebanyakannya pasangan berkahwin kurang lima tahun.

Beliau berkata, fasa perkahwinan belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabkan ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesaian masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksefahaman dan kewangan.

"Pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun itu paling ramai bercerai dengan kadar 19.3 peratus, diikuti pasangan 31 hingga 35 tahun (18.6 peratus) dan 17.2 peratus bagi pasangan berusia antara 21 hingga 25 tahun.

"Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki," katanya itu ditukil laman BHonline.

Encik Wan Mohd Zakri mengakui, ada beberapa kes perceraian yang direkodkan berpunca kerana masalah suami gila seks, selain ketidaksefahaman antara pasangan kerana bekerja syif.

"Memang tidak dinafikan kes ini berlaku tetapi kebanyakannya tidak direkodkan dalam afidavit sokongan, sebaliknya berbangkit ketika soal balas prosiding di hadapan hakim.

"Lebih menyedihkan, ada wanita yang memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga ke tahap mencederakan anggota sulit dan fizikalnya semata-mata mahu membangkitkan syahwat," katanya kepada BHonline.

Rekod juga menunjukkan, walaupun pasangan warga emas lazimnya dikaitkan mempunyai persefahaman tinggi kerana tempoh perkongsian hidup yang lama, perceraian dalam kalangan mereka masih berlaku apabila 5.1 peratus pasangan yang bercerai berusia di antara 61 hingga 86 tahun.

Menurut laman BHOnline, Terengganu kata ia menduduki tangga kelima berbanding 13 negeri lain yang merekodkan kadar perceraian paling tinggi sejak 2015.

"Secara purata, Terengganu merekodkan antara 10,000 hingga 11,000 kadar perkahwinan setiap tahun. Perceraian pula membabitkan lebih 3,000 pasangan setiap tahun," katanya. 

Sumber : Agensi berita/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan