Jutaan ketam 'serang' Bay of Pigs
Bay of Pigs diserang lagi! Namun kali ini bukan dilakukan oleh anasir-anasir jahat, sebaliknya diserang oleh jutaan ketam.
CUBA: Bay of Pigs diserang lagi! Namun kali ini bukan dilakukan oleh anasir-anasir jahat, sebaliknya diserang oleh jutaan ketam.
Seperti setiap tahun, selepas musim hujan, jutaan ketam akan keluar dari hutan untuk ke pantai di selatan negara itu.
Ketam-ketam jenis kuning, merah, dan hitam itu dilihat mula keluar dari hutan ke pantai pada awal pagi sehingga memenuhi kawasan perumahan termasuk jalan raya.
Malangnya, bau busuk akibat bangkai ketam yang dilanggar kereta turut menghantui penduduk kawasan sekitar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.